Monday, June 15, 2009

ku tempuhi saja jalan itu
walau ku tahu ia berliku
mungkin ada kerikil tajam menikam kakiku
namun di sepanjang jalan itu
hatiku jadi senang berlagu
apa kena dengan diriku?
tiada pernah terjawab soalan itu

merentasi jalan itu
rupanya ku temui pelangi indah berwarna seribu
ada senyum rembulan biru
menemani tiap langkahku
ada bintang-bintang
mengalunkan tembang syahdu
meredakan gemuruh yang melanda jiwaku
jatuh cintakah aku?
tidak berani ku jawab soalan itu

nun di hujung jalan itu
aku terdengar nyanyian beburung
berlagu dan berlagu
bait-bait rindu
langkah kakiku terhenti di situ

datang pelangi mewarnai hatiku
tiba rembulan menyuluh jiwaku
berbisik bintang-bintang tentang lara dirimu
terbang beburung membawa aku
ke pintu hatimu
yang terbuka luas untukku

terjawab sudah soalan-soalan itu
aku jatuh cinta padamu !

6 comments:

  1. aku juga melalui lorong itu
    tapi dengan mata tertutup
    gelap pemandangan
    namun di minda penuh sangkaan
    di hati penuh pertanyaan dan andaian

    aku tetap melangkah di lorong itu
    menapak perlahan-lahan
    berwaspada biarpun mata tidak memandang
    meneka dalam kesamaran.....

    bila akan tiba ke penghujung
    hanya mengikut jejak buta
    hanya mendengar kata hati
    hanya terus ke hadapan...

    ReplyDelete
  2. Wah, saya suka sajak2 awak nih...pandainya awak berkata2...siapa lah awak sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. Salam....
    tersenyum saya menatapi bait-bait terlorek,
    berlagu riang hati ini mendengar alunan muzikmu yang indah,
    dalam hati ini terdetik syukur...
    kerana ada senyum meniti bibirmu,
    ada pelangi mewarnai harimu,
    hanya mampu kukatakan...
    bahagialah sahabatku,
    tabahlah selalu,
    kerana biarpun kita jauh...
    doaku sentiasa mendekatimu.

    ReplyDelete
  4. Salam ennieva dan leeza,thanx krn sudi tinggalkan jejak di sini, bintang xpandai berkata..hanya sekadar menglipur lara di dada :)

    ReplyDelete
  5. macam tengah hangat bercinta je? :)

    ReplyDelete